PERNAH DIGELAR ‘TERRORIST’, WANITA INI TETAP TEGAR BERNIQAB

Tidak pernah kekok menutup muka kecuali di bahagian mata, Sabatini Mohd Dzuuehairullah Duni, 24 tahun, mula berhijab tika melanjutkan pelajaran di United Kindom seawal usia 20 tahun.

Tanpa paksaan, beliau terus kekal istiqamah tanpa berpaling ke belakang.Bagi anak kelahiran Sabah di mana ayahnya mualaf Iban dan arwah ibunya pula mualaf Cina, biar tanpa keluarga dia tegar berniqab, walaupun berkelana di bumi asing demi menggenggam segulung ijazah. Ayuh, ikuti perkongsian dirinya yang juga pernah digelar ‘terrorist’!

“Saya mula berhijab ketika berumur 20 tahun, selepas beberapa bulan tiba di UK. Masih ingat kali pertama nekad untuk berhijab penuh ketika hari raya Aidiladha di UK. Ramai sangka apabila tiba di sana, saya jadi lebih kebaratan, tetapi alhamdulillah saya memilih untuk kembali ke jalan agama. Saya berniqab secara istiqamah pula selepas sebulan lebih bernikah di UK.

“Saya tertarik dengan niqab setelah menonton filem Ayat-Ayat Cinta juga perbualan kosong bersama suami (ketika itu menjadi temannya di UK). Kemudian terlintas di dalam hati, ‘kenapa aku tidak cuba untuk berniqab, mana tahu jatuh hati’. Daripada perasaan mahu cuba-cuba, bila pertama kali sarungkan niqab, alhamdulillah Allah datangkan perasaan cinta pada niqab hinggalah kekal sampai sekarang.

“Saya akui memang wujud perbezaan selepas berniqab, diri sendiri pun segan kalau terlupa nak pakai stoking atau stoking tangan sebab sudah biasa pakai. Daripada segi pakaian pula, lebih selesa memakai jubah walau pun ke negara Eropah di musim sejuk.

“Pernah juga dipandang serong oleh ekstremis dan juga digelar ‘terrorist’ oleh seorang pakcik yang sedang mabuk ketika hendak pergi ke tempat kerja di UK. Ada juga orang luar yang mengambil gambar curi-curi ketika tengah makan ataupun solat.

“Tetapi alhamdulillah kebanyakannya saya menjelajah negara orang bersama suami, jadi sentiasa berasa selamat. Tetapi dalam banyak pengalaman kurang manis, bagi saya ada lebih banyak pengalaman manis berniqab di luar negara.

“Alhamdulillah masih berniqab walaupun menjelajah ke banyak negara atau aktif bersukan seperti ‘snokerling’ atau ‘canyoneering’ semasa pergi melancong. Walaupun ada cabaran tika berniqab tetapi saya beruntung suami, keluarga dan rakan-rakan juga banyak membantu dan memberi dorongan. Pendorong untuk kekal istiqamah sudah tentu diri sendiri dan juga suami. Beliau banyak tegur kalau rasa pemakaian atau apa yang saya mahu lakukan itu kurang dipersetujui. Beliau banyak bimbingan pada saya untuk terus kuat dan istiqamah.

SUMBER :
http://www.hijabista.com.my/mobile/pernah-digelar-terrorist-wanita-ini-tetap-tegar-berniqab-1.614566

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s