SYUKUR ALHAMDULILLAH

Sometimes some things are written in your fate. No matter how hard you may try to change them, they never change…
The crow and the parrot were both created ugly.
The parrot protested and was made beautiful.
oHowever, the crow remained content with the will of its Creator. Today the parrot is in a cage and the crow flies free…
Behind each incident is so exquisite a wisdom that maybe you will never understand it.

PERNAH DIGELAR ‘TERRORIST’, WANITA INI TETAP TEGAR BERNIQAB

Tidak pernah kekok menutup muka kecuali di bahagian mata, Sabatini Mohd Dzuuehairullah Duni, 24 tahun, mula berhijab tika melanjutkan pelajaran di United Kindom seawal usia 20 tahun.

Tanpa paksaan, beliau terus kekal istiqamah tanpa berpaling ke belakang.Bagi anak kelahiran Sabah di mana ayahnya mualaf Iban dan arwah ibunya pula mualaf Cina, biar tanpa keluarga dia tegar berniqab, walaupun berkelana di bumi asing demi menggenggam segulung ijazah. Ayuh, ikuti perkongsian dirinya yang juga pernah digelar ‘terrorist’!

“Saya mula berhijab ketika berumur 20 tahun, selepas beberapa bulan tiba di UK. Masih ingat kali pertama nekad untuk berhijab penuh ketika hari raya Aidiladha di UK. Ramai sangka apabila tiba di sana, saya jadi lebih kebaratan, tetapi alhamdulillah saya memilih untuk kembali ke jalan agama. Saya berniqab secara istiqamah pula selepas sebulan lebih bernikah di UK.

“Saya tertarik dengan niqab setelah menonton filem Ayat-Ayat Cinta juga perbualan kosong bersama suami (ketika itu menjadi temannya di UK). Kemudian terlintas di dalam hati, ‘kenapa aku tidak cuba untuk berniqab, mana tahu jatuh hati’. Daripada perasaan mahu cuba-cuba, bila pertama kali sarungkan niqab, alhamdulillah Allah datangkan perasaan cinta pada niqab hinggalah kekal sampai sekarang.

“Saya akui memang wujud perbezaan selepas berniqab, diri sendiri pun segan kalau terlupa nak pakai stoking atau stoking tangan sebab sudah biasa pakai. Daripada segi pakaian pula, lebih selesa memakai jubah walau pun ke negara Eropah di musim sejuk.

“Pernah juga dipandang serong oleh ekstremis dan juga digelar ‘terrorist’ oleh seorang pakcik yang sedang mabuk ketika hendak pergi ke tempat kerja di UK. Ada juga orang luar yang mengambil gambar curi-curi ketika tengah makan ataupun solat.

“Tetapi alhamdulillah kebanyakannya saya menjelajah negara orang bersama suami, jadi sentiasa berasa selamat. Tetapi dalam banyak pengalaman kurang manis, bagi saya ada lebih banyak pengalaman manis berniqab di luar negara.

“Alhamdulillah masih berniqab walaupun menjelajah ke banyak negara atau aktif bersukan seperti ‘snokerling’ atau ‘canyoneering’ semasa pergi melancong. Walaupun ada cabaran tika berniqab tetapi saya beruntung suami, keluarga dan rakan-rakan juga banyak membantu dan memberi dorongan. Pendorong untuk kekal istiqamah sudah tentu diri sendiri dan juga suami. Beliau banyak tegur kalau rasa pemakaian atau apa yang saya mahu lakukan itu kurang dipersetujui. Beliau banyak bimbingan pada saya untuk terus kuat dan istiqamah.

SUMBER :
http://www.hijabista.com.my/mobile/pernah-digelar-terrorist-wanita-ini-tetap-tegar-berniqab-1.614566

TEKANAN DARAH sistolik dan diastolik

Sistolik ~ nombor atas, yang lebih tinggi menunjukkan tekanan dalam arteri jantung berdegup (apabila otot jantung kontraksi) atau disebut juga tekanan semasa darah keluar dari jantung

Diastolik ~ nombor bahagian bawah, yang lebih rendah menunjukkan tekanan dalam arteri di antara degupan jantung (apabila otot jantung berehat di antara degupan dan mengisi semula darah)

NAFSU TIDAK TUA

Ketika menunggu sesi dailisis hari ini,beberapa pesakit berbual.Perbualan mula melencong kepada mengusik misi muda yg lalu lalang sibuk dg tugas.Senyuman misi yg meleret,sahutan balas yg lembut membuatkan mereka semakin gatai.Saya cepat-cepat diamkan diri,kerana saya dah jangka keadaan ini.Kadang berlarutan hingga keperkara sedikit lucah.Mereka tu ,tua-tua belaka,60an,rosak buah pinggang lagi,pun masih ada miangnya,benarlah kata orang, tua keladi.

Nafsu tidak pernah tua seperti umur kita,seperti tubuh anggota
kita.Nafsu tetap muda.Sebab itulah ujud kata miang keladi,makin tua makin menjadi,makin gatai.Sindrom ini ,yg herannya banyak berlaku dikalangan orang Melayu Islam,pergaulan dg orang Cina jarang saya temui hal ini.Lihatlah dimana pun orang Melayu berbual dikedai kopi,di rumah kenduri,di rumah kematian hatta di masjid, perbualkan lelaki jika tersilap sikit perkataan akan terus dibawa kepada seks dan kelucahan.Dan diikuti gelak terkekek,terbahak.Bahkan perhatikan lawak jenaka kita,asyik nak bawa lawak kpd kelucahan,seperti tak ada perkara lain nak dijadikan bahan mengeletek hati.
Sedangkan kalau kita fikir,tuhan menjadikan fizikal manusia dan meletakkan kemaluannya paling tersembunyi,dibina tangan yg tapak keduanya sama ukuran utk menutuip kemaluan.Tetaopi manusia begitru berusaha utk mendedah,dlm percakapan,perbualan,lawak,hinggalah kpd pakaian.Nafsu yg tidak tua inilah yg menyebabkan begitu banyak ubat seks muncul,berbgai kopi jantan,betina,janda ,b tongkat ali dan entah apa lagi.Peniaga yg mengambil kesempatan dari nafsu manusia yg tidak tua,tetapi umur tua,maka dibuatlah ubat-ubatan dan makanan ini,supaya memenuhi tuntutan utk memulihkan tenaga demi nafsu.Siapa yg mengambilnya,jelaslahj orang itu tergolong dalam kalangan mereka yg menurut nafsu.Sebaiknya ukurlah diri dg usia,peliharalah nafsu selareas dg usia.
Kadang kita lihat nafsu si orang tua ini juga dijelmakan dalam bentuk kebanggaan.Mereka berkahwin muda,tidak lain utk berbangga, kerana semua orang tahu setakat mana kemampuannya, kekuatannya.Tak payah temberanglah.Tetapi nafsu yg tidak tua kpd mereka menewaskan fikiran mereka,maka terjelmalah begitu ramai orang orang ternama yg beristeri muda trang tang tang,dibawa ke sana sini utk ditayang kpd ramai.bagi yg mengerti,kita hanya tersenyum dan beristighfar dan berlindung dg Allah.
Berlindunglah dg Allah dari menjadi tua keladi.,dari menjadi hamba nafsu.Tinggalkanlah percakapan berbaur kelucahan kerana ia tidak disukai Allah,bahkan tidak diharmati dikhalayak ramai. disamping ia merendahkan martabat penuturnya.Terlalu banyak perkara ,topik lain boleh dipercakapkan,bukan perkara itu shj.Mereka yg menjadikan perkara lucah sbg perbualan,jelaslah dia hamba kpd nafsu yg nyata,fikiran dikuasai nafsu yg tidak tua.Mereka yg menyahutnya,turut terseret sama.
“Tidak seorang muslim pun yg melihat kecantikan wanita, kemudian dia mengalih pandangan matanya kecuali Allah akan memberikan kpdnya kemanisan dalam ibadatnya.”Riwayat Ahmad dan At Tabrani

COPY PASTE :
ABD GHANI HARON
https://m.facebook.com/abdghani1202/posts/677866922233445

BINIKU NINJA

BINIKU NINJA
•Tak perlu kaya raya untuk keluar dari kepompong fahaman hidup masing-masing. Yang penting niat dan usaha harus seiring. Ganjarannya akan datang sendiri.

by : AZLAN ANDI

PERSAHABATAN TANPA SYARAT

JANGAN SENTAP ,
OKEY !
by IZMAN PAUZI

Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat telah mengajak saya menemaninya ke kedai spare parts. Saya dengan rela hati menemaninya lalu kami pergi ke bandar Klang.
Usai membeli barangan yang dikehendaki, dia mengajak saya mengikutnya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya. Sudah tentu saya rasa keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa di situ. Tambahan pula pada ketika itu saya berpakaian agak selekeh. Namun dia tetap mendesak saya mengikutnya membuatkan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. Dia berjanji, perjumpaan itu hanya sekejap sahaja.

Di restoran berhawa dingin itu, beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual di dalam kelompok-kelompok kecil. Di luar, terdapat deretan kereta-kereta mewah. Dia masuk berjumpa dengan mereka dan bertegur sapa. Rata-rata mereka sudah lama tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah berpuluh tahun.

Saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah. Saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang. Saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok. Ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri. Sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai. Ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut.

“Woi! Kau pakai kereta apa sekarang?”

Saya yang mendengar turut terasa jengkel. Ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta? Lebih memualkan apabila ada sahabatnya yang terang-terang bercerita mengenai perniagaannya yang besar, berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara.

Sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. Tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada. Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. Dia menemui sahabatnya yang lain dan memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka. Rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi. Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori sehingga kereta. Mereka masih berbual-bual.

Kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa, mereka bukan calang-calang orang. Salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi ahli perniagaan. Mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian.

Apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. Air mata mengalir di pipi masing-masing. Di dalam kereta, saya bertanya pada sahabat saya itu, kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya? Dia mempunyai kereta BMW, Mercedes, Honda, Toyota Hilux dan beberapa lagi kereta mewah yang lain. Tetapi Proton Wira yang sudah berusia buruk ini juga dibawanya.

“Memang saya sengaja. Saya nak melihat perangai sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama. Jadi akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua sahabat yang masih menganggap saya sahabat karib mereka. Sahabat tanpa syarat.” katanya.

Saya diam dan termenung sendiri. Saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat pengangkutan, pakaian cuma alas diri. Kita mampu memiliki dan mengganti kesemuanya itu bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada di tangan kita. Ternyata harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatn. Namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal sehingga ke hujung nyawa.